PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN SUKARELAWAN ISLAM HOSPITAL SELANGOR
(PPM-011-10-04012008)
FASAL 1 NAMA
- Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN SUKARELAWAN ISLAM HOSPITAL SELANGOR
selepas ini disebut “Pertubuhan”.
- Takrif Nama: SAHABAT HOSPITAL
- Bertaraf: Negeri
- Namun begitu Pertubuhan boleh mewujudkan Unit Sahabat Hospital Daerah seperti berikut:
- Unit Sahabat Hospital Klang
- Unit Sahabat Hospital Kuala Langat
- Unit Sahabat Hospital Ampang
- Unit Sahabat Hospital Selayang
- Unit Sahabat Hospital Sabak Bernam
- Unit Sahabat Hospital Kajang, Hulu Langat
- Unit Sahabat Hospital Tanjung Karang
- Unit Sahabat Hosiptal Shah Alam
- Unit Sahabat Hospital Serdang
- Unit Sahabat Hospital Kuala Kubu Baru
Unit ini juga dibernarkan membuka akaun simpanan / semasa. Di mana-mana institusi kewangan di daerah yang berkaitan bagi mendapatkan sumber kewangan dan penyimpanan akaun
Unit ini juga dibenarkan melantik Jawatankuasa Pengurusan. Terdiri daripada: Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Lima Orang Jawatankuasa Kecil (5) serta dua orang (2) Pemeriksa kira-kira. Unit bertanggungjawab melaporkan aktiviti kepada Sahabat Hospital Selangor apabila diminta.
FASAL 2 ALAMAT
- Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan adalah
KABIN AT-TAQWA TAMAN SERI ANDALAS KLANG
Klang Selangor 41200
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
KABIN AT-TAQWA TAMAN SERI ANDALAS
KLANG
Klang Selangor 41200
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Mesyuarat Jawatankuasa.
- Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :
- Merancang, mengurus dan menyelaraskan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli.
- Membantu dan memberi sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, emosi dan kerohanian pesakit-pesakit semasa mereka menjalani program rawatan dan pemulihan di
- Mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.
- Untuk menjalankan perniagaan bagi mencapai objektif pertubuhan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada pertubuhan ini.
- Mengutip derma daripada ahli-ahli dan orang awam, menerima sumbangan dan menjalankan aktiviti bagi mengisi tabung pertubuhan untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak- pihak berkuasa tertentu diperoleh terlebih dahulu.
- Memohon, memajak, memperolehi atau memiliki lain-lain harta untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan Mesyuarat Agung dan tertakluk kepada kebenaran daripada pihak- pihak berkuasa diperolehi terlebih dahulu.
FASAL 4 KEAHLIAN
(1). Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut :
- Ahli Biasa
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 Tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
- Keturunan/Bangsa : Melayu
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Agama : Islam
- Kriteria Keahlian Yang Lain :
Seorang Pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naik Canselor Universiti yang berkenaan
B. Ahli Bersekutu:
Ahli yang dilantik melalui mana-mana Pertubuhan Isalam Negeri Selangor
C. Ahli Kehormat:
Ahli yang dilantik oleh jawatankuasa kapasiti jawatan yang disandang dengan jemputan.
D. Ahli Seumur Hidup:
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada remaja berumur 13-17 tahun.
(2). Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3). Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
- Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
- Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran Masuk
RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
2. Yuran
- Yuran Ahli - RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu sebelum 31 Januari setiap tahun.
- Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
- Ahli Bersekutu - RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja).
- Ahli Kehormat - Tiada yuran dikenakan.
- Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
- Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
- Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
- Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli . Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
- Sumbangan
Pertubuhan dan unit dibawahnya dibenarkan memohon dan menerima sumbangan daripada mana-mana pihak untuk aktiviti dan keperluan pertubuhan.
- Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan dan unit dibawahnya dibenarkan melaksanakan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan pertubuhan.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
- Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
- Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung tahunan terakhir tetapi tidak lewat daripada 24 bulan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
- mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu.
- mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit.
- memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan).
- menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4.Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan.
6.Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7.Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat AgungDwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
9.Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
- Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan.
- Seorang Yang Di Pertua,
- Seorang Naib Yang Di Pertua,
- Seorang Setiausaha
- Seorang Penolong Setiausaha
- Seorang Bendahari dan
- Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi Unit Sahabat Daerah atau wakil.
- Bilangan Ahli Jawatankuasa tertakluk kepada keperluan organisasi semasa.
- Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
- Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali.
- Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
- Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 Kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama- sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
- Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli- ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
- Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
- Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
- Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
- Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
- Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan.
- Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
- Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak danmemberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
- Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku- buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
- Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
- Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
- Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
- Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
- Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
- Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
- Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai- pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah Juruaudit.
- Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
- Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun,
Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
- Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00(Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari.
- Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
- Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.
FASAL 11 JURUAUDIT
- 2 orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Pertubuhan hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit dalam. Mereka yang memegang jawatan selama Dua Tahun sekali boleh dilantik semula.
- Juruaudit dalam dan/atau luar bertauliah adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap berakhirnya tahun kewangan. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa atau Mesyuarat Agung DwiTahunan Mereka juga dikehendaki oleh Pengerusi untuk mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
- Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
- Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara- perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
- Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis pertubuhan.
- Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
- Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
- Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
- Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
- Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
LAMPIRAN
FASAL 19 LAMPIRAN
- Bendera
Keterangan :
2. Lambang
Keterangan:
3 bentuk bintang berbucu 8:Grafik geomatrik islam yang menggambarkan kecemerlangan,keharmonian dan kesediaan menghadapi cabaran.
Bulan Sabit Merah: Sukarelawan Hospital.
3. Lencana
Keterangan Lencana:
-
LAMPIRAN

- Lambang
Keterangan Lambang:
3 bentuk bintang berbucu 8:Grafik geomatrik islam yang menggambarkan kecemerlangan,keharmonian dan kesediaan menghadapi cabaran. Bulan Sabit Merah: Sukarelawan Hospital.


