
SIAPA KAMI
Sahabat Hospital Selangor
SAHABAT HOSPITAL SELANGOR ialah sebuah NGO yang didaftarkan dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nama Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor dengan nombor pendaftaran 0637-08-SEL.
Ia ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, dan emosi pesakit-pesakit semasa mereka menjalani rawatan dan pemulihan di hospital.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, MAIS) dengan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohamad (Timbalan Yang DiPertua SAHABAT Hospital).
<< Klik Untuk Mendengar Lagu Rasmi SHS
Maksud Hadis Qudsi
Allah berfirman: "Wahai anak Adam, Aku jatuh sakit dan kamu tidak menziarahi Ku. Anak Adam berkata: "Wahai Tuhan, bagaimana untuk ku ziarahi Mu, sedangkan Kau adalah Tuhan Semesta Alam." Tuhan berkata: "Tidakkah kamu tahu bahawa hambaku;si polan; jatuh sakit dan kamu tidak menziarahinya? Tidakkah kamu tahu jika kamu menziarahinya, maka kamu telah menemuiku bersama dengannya?"
NILAI TERAS SAHABAT
Ikhlas
Melaksanakan khidmat dengan ketulusan hati semata-mata kerana Allah
Prihatin
Sentiasa peka dan ambil berat terhadap keperluan pesakit
Berkhidmat
Berbakti kepada masyarakat dengan penuh dedikasi
PROGRAM DAKWAH SAHABAT
Program
Sinar Furqan
Program pendidikan Al Quran. kesihatan dan bimbingan kaunseling
Program
Kerohanian Pesakit
Program kerohanian untuk menguatkan emosi dan ketenangan
Program
Sokongan & Bantuan
Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga pesakit
Program
Kesihatan Komuniti
Kempen kesedaran kesihatan di komuniti setempat
Program
Ziarah Cakna
Menziarahi pesakit untuk memberi sokongan moral dan spiritual
Program
Sukarelawan
Program latihan untuk sukarelawan baharu
BERITA TERKINI SAHABAT
Kami Komited dalam Melaksanakan Amanah Ini
SERTAI PERJUANGAN SAHABAT
SUKARELAWAN
Sukarelawan
"Menjadi jambatan kasih antara masyarakat dan pesakit menerusi khidmat sokongan moraliti dan spiritualiti.
Kami melatih sukarelawan yang kompeten untuk menyantuni ummah dengan penuh empati dan profesionalisme."
DAKWAH
Dakwah
"Menggerakkan bimbingan rohani dan pemantapan ibadah buat para pesakit serta waris. .
Fokus kami adalah memberikan kekuatan spiritual menerusi perkongsian ilmu dan sokongan mental berteraskan syariat Islam di lapangan perubatan."
KEBAJIKAN
Kebajikan
"Menguruskan bantuan dan keperluan pesakit seperti peralatan perubatan dan keperluan asas kepada pesakit yang memerlukan.
Setiap sumbangan diuruskan dengan tadbir urus yang telus dan efisien demi kesejahteraan ummah."











