Bersama Membangun Kasih, Menyantuni Umat
Inilah Sahabat Hospital Selangor
Sahabat Hospital Selangor ialah sebuah inisiatif komuniti untuk menyantuni dan sebagai jambatan kasih antara pesakit, masyarakat dan hospital.
Kami menggerakkan sukarelawan untuk membantu dalam bidang kebajikan, kesihatan, dan kemanusiaan, dengan nilai teras Ikhlas, Prihatin dan Berkhidmat.
Daftar Ahli SAHABAT
Yuran Ahli Biasa [RM10]
Ahli Seumur Hidup |RM50]
Bayaran Pendaftaran sebanyak RM10 hendaklah ditambah bagi pendaftaran ahli baru.
Buletin Aktiviti SAHABAT
Unit Sahabat Hospital Shah Alam Perkukuh Hala Tuju & Kepimpinan Baharu
Shah Alam, 27 Januari 2026 – Unit ...
SHS Terima Lampu Hijau ROS- Ubah Perlembagaan
Sahabat Hospital Selangor (SHS) hari ini merakamkan
...MAT 2026 Unit Sahabat Hospital Ampang Berjalan Lancar
Ampang, 25 Januari 2025 – Sahabat Hospital cawangan Ampang telah berjaya
...
Persatuan SAHABAT HOSPITAL SELANGOR ditubuhkan sebagai sebuah NGO.
Berfungsi dan berperanan secara tidak langsung membantu pihak hospital untuk menziarahi dan memberi bantuan sokongan pasca rawatan hospital kepada pesakit yang telah kembali ke rumah masing-masing.
Pesakit memang memerlukan sokongan dari segi bimbingan emosi, spiritual, mental dan fizikal serta peralatan sokongan seperti katil, kerusi roda, tongkat dan sebagainya.
Pertubuhan ini merupakan organisasi bukan kerajaan. Ia merupakan satu pesatuan sukarelawan Islam hospital di negeri Selangor. Di wujudkan atas daya usaha Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) HTAR untuk membantu menangani permasalahan ibadah dan hal ehwal agama serta sosioekonomi yang dihadapi oleh pesakit semasa menerima rawatan di hospital.
Nilai Teras Kami
Ikhlas
Melaksanakan khidmat dengan ketulusan hati semata-mata kerana Allah
Prihatin
Sentiasa peka dan ambil berat terhadap keperluan pesakit
Berkhidmat
Berbakti kepada masyarakat dengan penuh dedikasi
Latar Belakang
Sahabat Hospital Selangor
SAHABAT Hospital telah ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, dan emosi pesakit-pesakit semasa mereka menjalani rawatan dan pemulihan di hospital. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan bagi memastikan segala fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan terancang dan berkesan.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, MAIS) dengan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohamad (Timbalan Yang DiPertua SAHABAT Hospital). Turut hadir dalam Majlis ini ialah, Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Solihin (Timbalan Setiausaha MAIS) dan Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar (Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIS).
Bengkel
& Latihan
Program pendidikan kesihatan dan bimbingan kaunseling
Program
Kerohanian
Program kerohanian untuk menguatkan emosi dan ketenangan
Kem Kesedaran
Kesihatan Komuniti
Kempen kesedaran kesihatan di komuniti setempat
Program
Ziarah Kasih
Menziarahi pesakit untuk memberi sokongan moral dan spiritual
Mari Jadi Sahabat Hospital — Sertai Keluarga Kami Hari Ini!
Sertai keluarga besar SHTK dan jadi sebahagian daripada usaha murni membantu insan yang memerlukan
Anda boleh memilih peranan mengikut minat:
Hubungi Kami
Anda boleh menghubungi kami melalui ;
Telefon/Whatsapp
Tel: 0192647649 (Pengerusi)
Alamat
Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51,
Taman Sri Andalas, 41200 Klang Selangor.
Borang Pendaftaran
Isi Maklumat Anda Untuk Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Sahabat Hospital Selangor



