Unit Sahabat Hospital Tanjong Karang (USHTK) telah mengadakan Mesyuarat AJK kali pertamanya pasca pemilihan AJK baru 2026-2028 pada 8 April (Rabu) yang lalu.
Majlis ini turut meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di peringkat USHTK. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti 2026 serta pemilihan wakil untuk menyertai Mesyuarat Agung Tahunan peringkat HQ yang akan diadakan pada 18 April di Taman Sri Andalas Klang nanti.
Pengurusi USHTK Tuan Mohamed Hasan Mohamed Sahli masih mengekalkan jawatan pengerusi dan masih diberi kepercayaan menerajui USHTK atas pencapaian yang membanggakan pada tahun 2025 dengan menubuhkan 2 buah Pusat Aktiviti sebagai penggerak aktiviti NGO di peringkat daerah.
Pelbagai aktiviti baru termasuk program pelatihan, perkaderan sukarelawan, jualan produk dan ziarah cakna pesakit tetap menjadi aktiviti utama selain menyelenggara kemudahan pinjaman katil pesakit. USHTK juga akan mengurangkan kebergantungan kewangan dari sumbangan orang ramai dan akan menjadikan Pusat Aktiviti sebagai salah satu pusat yang menjana ekonomi daripada jualan produk, latihan dan juga terapi.


