JALINAN MAHABBAH: YDP BERSAMA SH SELAYANG
Selayang, 25 Januari 2026 (Ahad) – Satu program Jalinan Mahabbah: YDP bersama SH Selayang telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 25 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi bertempat di Restoran Beedara Surau al Firdaus, Selayang.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim melalui lawatan turun padang Yang Dipertua (YDP) ke peringkat daerah, di samping mengadakan sesi ramah mesra bersama ahli serta menyampaikan penerangan berkaitan hala tuju dan perancangan SH Selayang .
Yang Dipertua, Us Mohd Makhi, telah mengetuai lawatan ini bersama Penolong Setiausaha, Us Nurul Yakin. Turut hadir ialah Pengerusi SH Selayang, Tn Hj Hamiri, serta ahli SH Selayang iaitu Hj Ali dan Pn Mariani.
Sepanjang program berlangsung, suasana penuh mesra dan harmoni jelas terpancar melalui sesi perbincangan santai, perkongsian pandangan serta penjelasan hala tuju SH Selayang bagi memperkukuhkan gerak kerja dan kebersamaan ahli di peringkat akar umbi.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan jalinan mahabbah, meningkatkan kefahaman hala tuju organisasi serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan pimpinan dan ahli.


