SHAH ALAM, 25 Julai 2026 β Biro Sukan & Sosial Sahabat Hospital Klang telah berjaya menganjurkan program Briswalk Sahabat Hospital Klang yang berlangsung dengan penuh meriah di sekitar Tasik Shah Alam. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli Sahabat Hospital yang hadir seawal jam 7.00 pagi di Stesen LRT Taman Andalas sebelum memulakan perjalanan bersama menaiki LRT3.
Peserta menaiki LRT3 dari Stesen Taman Andalas dan turun di Stesen Dato Menteri sebelum berjalan kaki kira-kira 800 meter menuju ke Tasik Shah Alam. Pengalaman menggunakan pengangkutan awam secara berkumpulan bukan sahaja memberi kelainan kepada program, malah menjadi satu usaha menyokong mobiliti lestari serta mengeratkan hubungan sesama ahli.
Setibanya di lokasi, para peserta menyertai aktiviti briskwalk mengelilingi kawasan tasik yang nyaman dan menghijau. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui senaman ringan di samping menikmati keindahan alam sekitar. Suasana penuh ceria jelas terpancar apabila para peserta saling berinteraksi, bertukar pandangan serta mengukuhkan ukhuwah dalam suasana santai dan harmoni.
Selepas aktiviti berjalan kaki, peserta menikmati jamuan potluck yang dibawa bersama. Pelbagai juadah disediakan hasil perkongsian ahli, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama, kebersamaan dan budaya saling berkongsi yang menjadi teras komuniti Sahabat Hospital Klang.
Program turut menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara sukarelawan yang sentiasa komited melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di hospital-hospital sekitar Selangor. Selain memupuk kesihatan fizikal, program seperti ini turut memberi manfaat kepada kesejahteraan emosi dan mental melalui interaksi sosial yang positif.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang hadir serta menjayakan program ini. Diharapkan Briswalk Sahabat Hospital Klang akan terus menjadi aktiviti berkala yang mampu memperkukuhkan semangat kekitaan, meningkatkan tahap kesihatan ahli dan menarik lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama menyertai gerakan sukarelawan Sahabat Hospital Klang.
"Sihat Bersama, Berkhidmat Dengan Jiwa." ππΆββοΈπΆββοΈ

<<KLIK GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DI SINI>>

